Tuesday, September 22, 2026

Majlis Interaksi JPJ bersama Media di Menara Presint Merdeka 118

Tak pernah terfikir aku jejakkan kaki ke Menara Presint Merdeka 118 (atau lebih dikenali sebagai Menara Maybank 118) Jujur aku cakap, bila berada di atas bangunan ikonik yang direka inspirasi daripada gaya Almarhum Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan "Merdeka" ni, rasa bangga lain macam wei. Memang megah sungguh! Bangunan kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.


Menara Presint Merdeka 118


Peluang hadir tanpa perancangan, aku ke sini menghadiri Majlis Interaksi Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Media yang berlangsung pada 14 September 2026 lepas. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meraikan rakan-rakan media menerusi Majlis Interaksi Media JPJ di Presint Merdeka 118, malam tadi, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama strategik dan peranan media dalam menyampaikan informasi serta inisiatif Jabatan kepada masyarakat. 

YBhg. Dato’ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, berkata, JPJ dan media sentiasa bergerak seiring sebagai rakan strategik dalam memastikan maklumat yang tepat, pantas dan berkesan sampai kepada rakyat. 

Dalam majlis sama, JPJ turut meluncurkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri “H” sempena Hari Malaysia 2026. Huruf “H” membawa maksud “Harmoni” dan lebih istimewa, merupakan siri terakhir nombor pendaftaran satu abjad (single prefix) yang akan dikeluarkan oleh JPJ. 

Bidaan NPI Siri “H” melalui JPJeBid dibuka mulai 16 hingga 20 September 2026, jam 10.00 malam, manakala keputusan bidaan diumumkan pada 21 September 2026. Telah pun tamat sebenarnya ketika aku menaip entri ni dengan bidaan prefix H1 mencecah harga RM10 juta. Dasyat betul !! Tahniah kepada pemenang. 

Akhir sekali saksikan montaj yang disediakan. 


Link pautan : https://www.youtube.com/watch?v=kxhVbqpkVQs



No comments:

Post a Comment