Tuesday, November 25, 2014

Majlis Jamuan Makan Malam Negeri dengan Menteri Besar Kedah

Alhamdulillah dapat hadir ke Majlis Jamuan Makan Malam Negeri bersama dengan Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Y.Bhg Dato' Ir. Annies Md.Ariff baru-baru ni bersempena Hari Inovasi JKR Malaysia. Majlis yang dihadiri oleh warga JKR yang terlibat dengan hari Inovasi.








Antara tetamu yang hadir pada majlis makan malam negeri.
Tetamu berdiri menyambut kedatangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir
Ucapan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Y.Bhg Dato' Ir. Annies Md.Ariff
Ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir

Majlis makan malam disajikan dengan pelbagai jenis lauk-pauk ala buffet. Antaranya mee rebus, satay, kambing bakar, rojak mee pasemur dan yang menjadi santapan pilihan aku ialah 
Pulut kuning dengan gulai itik dan gulai telur. Antara yang jarang dijumpai dan agak unik. Aku ambik yang ni dulu.
Yang kedua aku pilih Nasi kandar yang, nasi briyani, ayam masak merah, daging masak kicap, kari sotong, .. blah blah utara ni bab nasi kandar memang favourite aku. Sedap bak ang. Satay ke kambing ke tak kisah sangat dah. Dah jemu.
Tetamu dimeriahkan lagi dengan dendangan beberapa buah lagu dari anak tempatan negeri Kedah. Juga sebelum tu disajikan persembahan teater menyambut kedatangan Warga JKR.
Turut memeriahkan majlis makan malam, adik Iqbal, celebriti Ceria Popstar 2. Kenal tak? Adik-adik kompom kenalnyer.. Suara memang terbaik dan mantap.

Sebelum majlis bersurai sempat lagi berphoto bersama dengan Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir. Buat kenang-kenangan. Bak kata orang bukan selalu dapat peluang sebegini. Kelibat Pengarah JKR Negeri Kedah, Tuan Hj Shamsuddin Bin Bakar ( berbatik kuning sebelah kiri). Tengah tunggu gambar aku dengan MB tak dapat-dapat lagi. Kemeraman tak passing-passing lagi.

4 comments:

  1. assalams....seronoknya dapat bersama pemimpin:)
    iqbal tu ada iras2....sekali pandang mcm anak dengan ayah...:)

    ReplyDelete
  2. wahh..gitu...ala2 dato'-dato' ha...hehe

    ReplyDelete