Thursday, July 12, 2012

Water Filter Dr.Sukida

Selama ni aku tak pakai dan tidak teringin sangat nak pakai water filter ni, maklum la agak mahal. Kat pasaran ada macam jenis tapi ntah, macam tak endah je. Tapi sekarang aku dah ada satu. Water Filter Dr.Sukida. Kenapa aku pilih Dr.Sukida?
 
Keistimewaan air sihat Dr.Sukida ni mempunyai 7 penapis air. 

1. Pra-Penapis Seramik- menyingkirkan bahan pencemaran, batu, pasir halus, karat, lumpur dan parasit merbahaya.

2. Bebola Far - Infrared Beralkali- dapat meningkatkan kandungan ion kalsium serta menambahkan kealkalian air. Membebaskan mineral  penting, meningkatkan tahap oksigen.

3. Karbon Diaktifkan Gred A- penyingkiran bau dan warna serta klorin.

4. Karbon diaktifkan Gred A + Bio Kalsium- hapuskan bau, warna dan baki pemcemar termasuk klorin, logam, racun perosak dan bahan kimia karsinogenik dalam air. Bio kalsium memecah dan menghaluskan kelompok molekul air.

5. Batu Tenaga- juga memecah dan menghaluskan molekul air supaya lebih sedap untuk diminum dan mudah diserap oleh tubuh badan kita. Ini akan meningkatkan tahap penyahtoksinan dalam tubuh badan kita apabila kekerapan meminum air dr. sukida.

6. Batu Mineral + Bio Kalsium + KDF55 - kesegaran kepada air untuk diminum.

7. Nano Silver - teknologi terkini dalam pembasmian kuman dan mikro organisma yang terkandung didalam air.
Hari Pertama
Ini filter air Dr. Sukida yang aku pasang kat rumah. Lihat kesan untuk hari pertama pasang. Filter ni asalnya warna putih.
Hari Kedua
Semakin keruh, terkejut gak aku selama ni aku minum air yang tidak ditapis cuma dimasak sahaja. Memang aku teruja jugak aku tengok kesan tapisan ni. Kalau sebulan tu agak-agak macam mana. Nanti aku update lagi. Harga water filter ni memang agak mahal tapi kalau kita fikirkan untuk kesihatan mungkin ia sangat berbaloi. Bukan nak promote tapi kalau nak tau lebih lanjut roger aku. (eh, macam promote gak..)

Update:
keputusan 6 hari kemudian klik sini
keputusan sebulan kemudian klik sini 
keputusan 3 bulan kemudian - testimonial klik sini

No comments:

Post a Comment