Monday, September 1, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari #1 | 5 Fakta Menarik Tentang Aku

Dengan ini aku menyahut cabaran dari geng-geng #KelabBloggerBenAshaari | Cabaran 30 hari | Membuat entri-entri berdasarkan topik-topik berlainan setiap hari. Maka Cabaran 30 hari telah dimulakan dengan Hari Pertama : Fakta menarik tentang aku..


Selfie terlatest..

1. Aku orang Bidayuh, the land dayak. Berasal dari Bau, Sarawak. Tapi kalau orang tengok aku dia Ingat aku Melayu.. 

2. Aku mempunyai ciri-ciri kolektor kerana hobi aku suka mengumpul. Bukan kolektor otai la, biasa-biasa je. Antara barangan yang aku kumpul sekarang ialah wang kertas lama dan baru, duit syiling lama, suka kumpul mainan lego dan jersi Manchester United. Takde la banyak, yang aku collect beginner suma ni.

3. Aku fan kepada Manchester United. Walaupun prestasi terumbang ambing sekarang ni tapi aku tetap setia dengan The Red Devil ni.

4. 28.8.2004 secara rasminya mengucap Kalimah Syahadah
5. Aku minat bolasepak, tapi sekarang ni dah kurang. Pernah menjuarai Kejohanan Piala Ketua Menteri Sarawak 2001 mewakili Bahagian Kuching. Sekarang aku terjerumus dengan Futsal. Posisi kegemaran aku striker, dan pernah digelar "scoring machine" oppss hebat bunyinya.. 

Banyak lagi sebenarnya fakta aku, 5 cukup la..okeh.. Byee.

5 comments:

  1. fakta no 5 di akui,Mr D pun kata terer hehehh tq join sila proceed task no 2 hehehehe

    ReplyDelete
  2. Mmg x nmpak mcm sarawakian pun... dah la muke melayu ckp pun xde bunyi srwk... terbaek...

    ReplyDelete
  3. ai dulu ingat yu melayu kan kannn hehehhehee

    ReplyDelete