Monday, April 7, 2014

AKU & GYM | #misi75kg | Day 8 - Mampukah aku buat 3km?

Tak rasa Monday Blues pun hari ni, entah kenapa.. Semangat berkobar agaknya.. Haha..
Sarapan pagi di mula dengan Sante Granola Fruit Crispy Cereal Flakes mengandungi Cranberry, Blueberry, Strawberry, Chokeberry, berries semuanya.. Hmm sedap dimakan dengan Susu. Sebelum pergi gym tadi makan 2 potong betik. Nak cari pisang takde pulak, pisang goreng ada ler. Huh itu kalau boleh nak elak.. 
So ni la dia kenapa semangat berkobar-kobar.. Ada pembakar semangat..
 Reebok Sublite Tempo | Running Shoes kasut baru
Haha semalam baru sambar, hari ni kena rasmi la, hehe.. Kalau tak kerana 50% diskaun takde nyer nak beli. Bila dah diskaun baru la nampak mampu milik. Lagipun tengah mencari kasut running. So hari ke-8 pergi GYM so jom tengok hasil hari ni. 
Jeng jeng jeng.....

DAY 8 -7/4/2014 (Isnin)
Time : 23.57 min
Distance (km) :3.01
Calories : 215
Yahoooo BERJAYA mencapai target 3km.... tapi sangat-sangat semput. Tadi pada jarak 2.5km paha aku nak kejang dah. Gagah jugak la nak abiskan 3km. Sebab aku dah letak target hari ni. Kalori pun burn banyak gak.. Memang mandi peluh la tadi.
Inilah peneman tadi. Pasang lagu kuat-kuat dalam GYM. Selamber je, nasib baik kengkawan semua layan..
Esok beraksi lagi. Chaiyokk Chaiyokk

#Misi75kg

No comments:

Post a Comment