Tuesday, February 11, 2014

Video Shooting | Gigil depan kamera!

Dapat whatsapp dari member aku, Ujang hari sabtu lalu, tanya aku free ke tak esok(ahad)? Aku tanya esok ada aper? Dia cakap ada shoot video.. Perghh nak berlakon ker? Dia cakap kalau nak inform segera.. Mana ada pengalaman berlakon. Lama aku fikir.. 5 minit! Aku set dalam kepala jadi watak sampingan atau tambahan je kot (tanpa skrip) Aku ON je la lagipun aku free esok tu. Dia suruh pakai pakaian formal tu, ala-ala korporat.
Dengan kerajinan tiada tolok bandingnya aku terus iron siapkan baju dan seluar.

So dipendekkan cerita, di lokasi shooting...
Agak dah, sangkaan aku meleset, kena shooting sorang-sorang pulak tu. Skrip sendiri base on watak diberikan. Ambik ko, memang perghh la, terketar-ketar lutut aku, tetiba menggigil kesejukan aku. Dah nak kena fikir skrip. Dia punya keypoint dah ada, tapi ko nak hurai tu. Serius aku neves giler.
Turn aku pulak tu yang first, siot member aku slamber suruh aku dulu...
So bermula setup camera, lighting semua, ni gambar tengah pose untuk dapatkan angle. 
Make up and touch up sikit-sikit bagi tak nampak peluh. Haha...
Yang ni Tuan Director Aim Dot Dot. Tengah bagi briefing, bagi keypoint-keypoint..
sungguh sporting tuan director ni.

Scene 1, take 1 camera roll.... and ACTION!!

Antara capture masa tengah testing-testing.
Inilah pengalaman kali pertama aku video shooting. Serius memang aku nerves tahap gaban. 
10 perkataan nak cakap tu pun boleh tak ingat. Belum drama ke filem ke! Aissh segan pun ada. Member dok sengih je. Haha..


Ni antara member-member aku yang terlibat...

Mieza pemegang watak  
"Bos gila kuasa, gila pangkat"....

Ujang kemain possing.. Mula-mula ko gelak je tengok aku, last-last ko kecut jugak. Haha...

....Begitulah Flashback saya...

Anyway terima kasih...
Production | IHWC
Director | Aim Dot Dot

kerana memberi peluang untuk dishooting. 
Dapat belajar benda baru dari pengalaman ini.

6 comments: